'Aku, Bank & Peminjam' ini ditulis atas dasar keinginan untuk berkongsi pengalaman secara santai selama berkecimpung di dunia 'Financial Institution' dan pelbagai kerenah bersama pelanggan / peminjam yang berurusan. Secebis kisah yang sememangnya lumrah dalam kehidupan. Impian dan pengorbanan dalam mengejar cita-cita, cabaran, harapan serta perjuangan. Selagi hayat dikandung badan, selagi dunia terus berputar, maka selagi itulah kehidupan insan akan terus diwarnai dan dicorakkan dengan warna-warna kehidupan. Kenangan tidak semestinya manis dan selalu indah, namun itulah yang memberikan secebis pengalaman yang cukup bermakna dalam meniti kehidupan di dunia ini sebagai makhluk ciptaanNya yang bernama insan...