Proses berlebihan adalah satu daripada lapan pembaziran pengurusan kejat (lean management). Proses berlebihan / pertindihan / redundansi adalah apabila langkah yang sama dilakukan lebih daripada sekali dalam satu proses. Untuk mengurangkan redundansi, cari penyebab yang menjadikannya berulang. Proses Berlebihan adalah penambahan langkah kepada proses berbanding yang diperlukan oleh pelanggan. Ini adalah suatu pembaziran kerana melibatkan kos tambahan yang tidak perlu. Banyak faktor menyebabkan berlakunya Pembaziran Proses Berlebihan. Kadang kala, produk yang diproses secara berlebihan sangat kompleks dan mahal serta sukar untuk dikenal pasti wujudnya proses berlebihan.