Pelajar seringkali lupa tanggungjawab terhadap diri mereka sendiri apabila secara tidak langsung mendapat kebebasan otomatik di IPT. E-buku bertajuk ‘Pelajar Awesome Siri 2 – Kerohanian & Kesihatan’ mengandungi 10 nasihat yang boleh dijadikan bahan tazkirah kepada pelajar-pelajar. Ianya adalah panduan yang boleh digunakan oleh para pendidik, ibu bapa dan para pelajar. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat pahala yang besar kerana mengajar ilmu, mengamalkannya serta mendapat pahala sama seperti pahala orang beramal dengan apa yang diajarkan.