Buku ini adalah penting untuk pelajar sekolah menguasai teknik penulisan baik. Penguasaan bahasa tersebut adalah penting bukan hanya untuk pemahaman tetapi untuk ekspresi.
Bahagian A mengandungi 100 karangan contoh. Karangan terpilih ini dihasilkan berdasarkan tema yang dikemukakan dalam peperiksaan. Bahagian B mengandungi 20 karangan contoh termasuk surat rasmi dan surat tidak rasmi.
Karangan-karangan ini sebagai rujukan untuk para murid mengarang berdasarkan tajuk-tajuk yang diberikan. Bahagian C dan D turut diberikan untuk para murid mengulang kaji berkaitan Bahasa Malaysia. Bahagian C ialah teks rumpang manakala Bahagian D ialah 10 ujian ejaan. Jawapan diberikan pada bahagian belakang buku.
Para guru dan murid akan mendapati bahawa buku ini sangat bermanfaat.