BUKU ini ditulis bagi memberi panduan kepada pelatih JTMP saya untuk mengulangkaji sitologi sebelum menduduki peperiksaan . Pengalaman saya selama lebih 20 tahun didalam bidang sitologi ini diharap dapat menyampaikan sesuatu ilmu kepada pelatih saya agar mereka lebih memahami bidang ini dengan lebih mendalam. Saya tidak mahu mereka hanya belajar untuk LULUS sahaja, tetapi mahu mereka lulus dengan cemerlang. Disamping itu mereka dapat mengaplikasikan ilmu sitologi mereka bila bertugas nanti. Buatlah kerja dengan penuh dedikasi dan jangan melakukan kesilapan didalam penyaringan. Kesilapan kamu akan memudaratkan pesakit dan rawatan sebenar tidak dapat diberikan. Lakukan kerja kerana ALLAH dan ikhlas. Allah akan menjaga kamu dari melakukan kesilapan diagnosis dan kanser servik dapat dibendung dari meningkat. Insyaallah