Bidang pengacaraan memerlukan kepetahan berucap yang cukup
baik. Seiring dengan bakat, tekad, latihan dan sebenarnya boleh diasah
bagi mereka yang merasakan diri kurang berbakat. Yang penting ada
minat dan daya usaha Ketahuilah cara pertuturan, cara penampilan, cara
pemakaian dan pelbagai logi bagi seorang pengacara. Bidang ini juga
memerlukan kesungguhan dan keberanian. Tampillah dengan yakin!
Pastikan anda juga cukup persediaan.
Penulis mempunyai pengalaman dalam bidang pengucapan awam
dan pengacaraan majlis Oleh yang demikian, beliau ingin mengongsikan
bersama pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan
menuiis sebuah buku fentangnya.
Buku ini bukan sahaja menyediakan panduan bagaimana untuk
menjadi seorang pengacara majlis yang baik, bahkan anda boleh
mempelajari teknik-teknik pengucapan awam berkesan. Pelbagai tip
disediakan termasuklah cara penampilan, cara mengatasi kegugupan,
penyediaan teks ucapan dan sebagainya. Dapatkan buku ini untuk anda
mempelajari teknik-teknik tersebut. Selamat membaca.