Buku ini merupakan catatan pengalaman peribadi penulis selepas mengembara ke Kashmir.Telah banyak Negara yang saya jelajahi, tetapi Kashmir memberi impak yang tidak pernah saya jangkakan. Kerana itulah saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan para pembaca agar kita dapat bersama mengalami dan merasai kelainannya. Bagi saya, Kashmir begitu istimewa kerana keindahan alamnya, iklimnya, orangnya, harganya yang berbaloi dan yang paling penting adalah nilai kemanusiaannya.