Saat menjelang detik kematian merupakan waktu yang paling penting bagi setiap manusia. Sekiranya berjaya melepasinya, maka beruntunglah kita dipilih oleh Allah SWT untuk berada dalam kalangan ahli syurga. Seandainya gagal dalam mengharunginya, nescaya rugilah kita dengan kerugian yang amat besar sekali. Buku amalan ini dipecahkan kepada 3 kelompak keadaan; 1. Amalan setiap individu sewaktu sihat 2. Amalan yang perlu dilakukan ketika jatuh sakit 3. Amalan yang perlu dilakukan oleh kaum keluarga, sahabat handai saat menziarahi pesakit/orang meninggal